Panduan Penulis

PERTANIKA

Gerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

(J. Pertanika MAHAWANGSA)

 

PANDUAN KEPADA PENULIS

Garis Panduan Penulisan dan Tatacara Serahan

Semakan: Julai 2020

 

Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak makalah yang tidak mematuhi garis panduan ini.

 

Jurnal Pertanika MAHAWANGSA menerima makalah berbentuk:

 

  1. Makalah

Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan yang jelas. Sementara itu,  penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini. 

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah, rujukan, jadual serta gambar rajah). 

 

  1. Nota Penyelidikan

Definisi: - Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas yang rinci. Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu. 

Panjang Laporan: - Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan tidak kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan, rujukan, jadual serta gambar rajah). 

 

  1. Isu Khas

Definisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau simposium. 

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Ingeris, rujukan, jadual serta gambar rajah). 

 

  1. Lain-lain

Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang disiarkan boleh dipertimbangkan.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.

 

FORMAT MANUSKRIP

Penulis digalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column) dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Penulis digalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz fon 12 poin. Penulis dinasihatkan agar memberi perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho

 

Penulis diminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran. 

 

Penulis dikehendaki memberi penomboran pada setiap muka surat. 

JUDUL

Judul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10 perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh. 

 

ABSTRAK

Abstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah dan tidak kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau sebaris (single spacing). Penulis perlu menyertakan 5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan keseluruhan isi kandungan makalah. 

 

SUSUNAN MAKALAH

Halaman 1: Judul

Judul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap halaman makalah (header). 

 

Halaman 2: Maklumat Penulis dan Penulis Utama:-Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama penulis, institusi dan alamat penuh serta saluran untuk dihubungi (sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama penulis mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M. 

 

Alamat Penulis

Bagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang penulis dengan alamat yang berbeza, alamat setiap penulis perlu diberikan penomboran dengan menggunakan superskrip. 

George Swan1 dan Nayan Kanwal2 

1Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA. 

2Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.

 

Halaman 3:  Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan penulisan abstrak).

 

Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya bermula daripada halaman 5 dan seterusnya. 

 

Singkatan

Sebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan singkatan baginya dalam kurungan ( ).

 

Nota kaki

Alamat semasa penulis sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki. 

 

Kandungan

Makalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan dan penutup

 

Jadual

Semua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnal dan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman yang berasingan. 

Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.   

 

Formula dan Persamaan

Sebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan. 

 

Rajah dan Gambar

Penulis yang melampirkan rajah atau gambar dinasihatkan agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi tinggi.  Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.  

 

Bagi fail bersaiz besar, penulis boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawa  saiz makalah sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Penulis boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna. 

 

RUJUKAN

Nama penulis dan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih daripada dua orang , nama penulis pertama perlu diikuti dengan 'et al.,' 

 

Swan dan Kanwal (2007)melaporkan bahawa ...

Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009). 

 

Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis.  Bagi penulis yang  sama atau kumpulan penulis yang sama, rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya penulis mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama, angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan. Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 penulis dan diikuti dengan et al.,Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan. Nama jurnal perlu ditulis penuh. 

 

Contoh:

Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin, 126, 910-924.

Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.

Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions from community psychology. Health Promotion International, 9,199-210.

Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location. Review of International Economics, 8, 448-461.

 

Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, penulis boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam rujukan (jika ada).

 

Contoh petikan rujukan: 

Monograf: Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY: State University of New York Press.

 

Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L. Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.


Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

 

GARIS PANDUAN AM

Indeks Persamaan: Semua artikel yang diterima mesti menjalani tapisan awal untuk keaslian sebelum dihantar kepada semakan penilai. MAHAWANGSA tidak menerima sebarang artikel yang mempunyai indeks persamaan melebihi 20%.